Merasai pengalaman mengandung buat julung kalinya pasti menyeronokkan bagi setiap wanita dan sudah tentu kelahiran anak pertama ini amat mengujakan bagi bakal ibu dan bapa.
Namun, selepas kelahiran anak pertama, pengalaman mengandung kali dua pastinya akan terdapat perbezaan dari segala segi. Majalah Pa&Ma berkongsi perkara lucu yang ibu buat semasa membesarkan anak pertama dan anak kedua.
Ambil gambar setiap masa
Anak pertama: Kalau boleh setiap saat nak rakam wajah anak. Seronok tak terkata tengok anak membesar.
Anak kedua: Siapa yang ada banyak masa hendak ambil gambar setiap bulan? Ibu dan ayah sibuk uruskan banyak hal.
Pencapaian anak nak canang satu dunia
Anak pertama: Setiap pencapaian si kecil adalah kejayaan yang mesti dikongsi dengan semua orang.
Anak kedua: Tak sempat hendak kongsi pencapaian anak, tahu-tahu si manja sudah boleh berjalan.
Ibu terlajak rajin
Anak pertama: Sentiasa teruja untuk cuba buat projek kraf dengan anak daripada mana-mana blog atau laman media sosial yang pernah dibaca.
Anak kedua: Buat sahaja aktiviti mewarna atau kraf menggunakan telefon pintar ibu.
Menu si manja
Anak pertama: Hanya makanan bayi organik dan resipi disediakan sendiri sahaja yang akan masuk ke dalam perut si manja.
Anak kedua: Biskut coklat cip tak akan mencederakan sesiapa. Jadi, apa salahnya bagi si kecil rasa kalau dia suka.
Tempat tidur
Anak pertama: Anak mesti tidur dalam baby cot, playpen atau katilnya sendiri setiap kali waktu tidur.
Anak kedua: Kanak-kanak memang berdaya tahan, mereka boleh tidur di mana-mana sahaja.
Hasil Karya seni anak
Anak pertama: Setiap penciptaan yang dihasilkan oleh anak ialah karya seni yang bernilai. Semua kena simpan sebagai kenangan!
Anak kedua: Semua yang dihasilkan oleh anak hanya akan menyepahkan rumah dan akhirnya dimasukkan ke dalam tong sampah.
Memang kelakar, tapi tak semua ibu bapa yang begitu. Terpulang kepada masing-masing bagaiaman mahu melayan karenah anak masing-masing. Asalkan mereka membesar dengan bijak dan sihat. -CARI
Monday, 22 May 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ada kastemer tanya jika MAB-Maajun Anggun Bistari boleh bantu masalah sakit lutut nya . InsyaAllah Testimoni MAB dah beribu-ribu Yang paling...
-
Pengedar MAB perak Stokis Perak Pengedar MAB PERAK Kampar - Mazlina 017.5967917 Tapah/Tg.Malim - Elmiraihan 019.6584151 Sungkai/...
-
Kaedah bagi yang ambil MAB untuk mendapatkan zuriat: i) Cara makan sama seperti kaedah family planning ii) Makan MAB sehingga mendapat p...
No comments:
Post a Comment