Tuesday, 20 March 2018

MAB ,dari manakah asal nya?

ASAL USUL KEWUJUDAN MAAJUN ANGGUN BISTARI YANG RAMAI TIDAK KETAHUI

Hari ni saya nak berkongsi asal usul kewujudan Maajun Anggun Bistari, perjalanan Keringat dan airmata serta menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Meng"legalkan" MAB.
MAB ni asalnya adalah maajun sediaan orang orang kampung, resepinya telah lebih dari 40 tahun digunakan sebagai perancang & untuk tujuan dalaman wanita. mungkin juga lebih lama dari itu sebenarnya digunakan..
Almaklumlah orang dulu dulu mana cakna pil perancang ke suntikan depo, implanon dll..
apa yang ada disekeliling mereka, itulah yang mereka manfaatkan sepenuhnya.

Jadi Pengasas MAB ni asalnya merupakan pengamal Mab sahaja pada mulanya.
Namun kuasa Allah yang mengilhamkan kepada Pengasas untuk menyebarkan kebaikan MAB ini melalui perniagaan, maka bermulalah episod MAB dijadikan bahan dagangan kata moden nya MAB dibisneskan..lebih kurang 13 tahun yang lalu..
Sekiranya tiada usaha membisneskan Mab, kita hari ni memang tak kenal sampai sudahlah apa itu Maajun Anggun Bistari..
Pengasas ni orang biasa biasa saja, bukan lah anak kenamaan, anak somebody atau anak orang berada..pendek kata anak orang kampung...jadinya cara bisnes yang dijalankan cara kecil kecilan lah..bermula dengan promote di alam maya yang pada ketika itu, forum forum adalah platform nya seperti Forum Wanita Melayu.com, lama kelamaan Izin Allah bisnes makin berkembang dan berkembang..semakin ramai yang berjodoh dan serasi dengan MAB ni sebagai Perancang & sekaligus sebagai penjagaan dalaman wanita..
di forum itu lah saya mengenali Puan Pengasas iaitu Puan Hajjah Azizah .

Dari yang tak boleh langsung makan pil, menerima kesan badan makin dipam pam, muntah, pening, mual, tukar ke inject, period bertahun tak datang, badan naik, jerawat sana sini, moody memanjang..jadi mereka ini lah yang mencuba MAB dan serasi..bukan setakat berjaya Menjarakkan Kehamilan malah menerima khasiat Mab seperti bertenaga, keputihan hilang, sakit tumit, badan, lenguh lenguh hilang, selalu kalau terbatuk sikit dah terkucil, sejak amalkan Mab tidak lagi..nak solat & ibadah pun jadi lebih mudah...
So mereka mereka inilah yang terus mengamalkan MAB dan terbuka hati menjadi agen / dealer bagi menyebarkan kebaikan MAB..Mereka mereka ini ada yang sehingga ke hari ni sudah 13 tahun masih terus mengamalkan MAB ini dan masih setia memasarkan MAB, mereka ini bukan seorang dua, malahan ramai dan berjaya membina network mereka sendiri sekaligus memperbaiki taraf hidup serta pendapatan keluarga masing masing..
Usaha Pengasas memulakan bisnes MAB, akhirnya menampakkan jalan positif bukan sahaja memperbaiki taraf ekonomi mereka sendiri malah turut membantu ramai wanita samaada surirumah atau yg berkerja juga..inilah ciri usahawan yang sebenar...Mengusahawan kan orang lain juga...sehingga ke hari ini usaha ini masih Pengasas teruskan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berpendapatan sendiri.
Bisnes yang Mab jalan kan hanya bertaraf enterprise di bawah Syarikat Zai Permai Resources, Syarikat tidak pernah mendapat mana mana geran, loan atau apa apa bantuan pihak tertentu.Semuanya dijalan kan dengan modal sendiri.
Sehingga suatu tahap, Pengasas juga ingin melangkah ke tahap lebih baik dalam bisnesnya dimana Meng"legal"kan Mab supaya lebih tersebar luas dan mashyur. Antara caranya adalah dengan mendapatkan kelulusan KKM.
Antara Syarat untuk mendapat KKM adalah wajib mempunyai kilang yang bertaraf GMP dan HACCP. Maka berusahalah Pengasas ni suami Isteri mencari Kilang di Lembah klang yang boleh membantu..Nak buat kilang sendiri bukan sikit duit nak pakai kan..maka gigih lah mencari kilang yg sepatutnya..
Akhir pencarian bertemu dengan satu kilang bertaraf GMP dan banyak mengeluarkan produk berjenama tempatan juga..Awalnya Kilang ni mengatakan semua boleh, dari pengeluaran MAB sehingga ke kelulusan KKM..maka senyum lebarlah Pengasas..lega..
Tunggu punya tunggu selepas bayar semua bayaran yg dipersetujui, akhirnya bermulalah process research & pembuatan Mab, Malangnya kilang tak dapat nak menghasilkan MAB dalam bentuk asal iaitu bentuk maajun basah..tetapi dalam bentuk tablet. Malang yang kedua, Semua bahan bahan dalam MAB tidak memerlukan kelulusan KKM dalam bentuk NOT atau MAL kerana tiada bahan aktif yang dikawal selia oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan., tetapi cukup sekadar berdaftar dengan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan KKM dengan no pendaftaran 170616/05/120.
Bermula dari itu, MAB ada 2 bentuk iaitu satu bentuk maajun basah dan satu lagi bentuk tablet.
Pengasas juga mengambil langkah proaktif, menghantar sample kedua dua MAB untuk lab test di UTM, USM dan Pusat Racun Negara. Ujian ke atas Steroid, Merkuri dan Racun Berjadual telah dijalankan. Kelulusan bahawa MAB bebas Merkuri, Steroid dan Racun Berjadual telah dikeluarkan.( boleh rujuk sijil). Syarikat ZPR juga turut mendapat pengiktirafan dari UTM atas inovasi produk herba MAB sebagai produk berpotensi tahap tinggi.
Namun begitu, Mab masih terus menerus dikecam tidak berdaftar dengan KKM kerana tiada no MAL / NOT.
Pengasas masih belum berputus asa, maka pergi berjumpa dengan bahagian Farmasi KKM, dari nasihat pegawai KKM itu, tiada masalah untuk Mab tablet dijual di pasaran, begitu juga dengan MAB klasik dengan syarat label pada botol MAB klasik perlu ditukar dengan tidak menyatakan segala khasiat khasiat nya..cukup sekadar nama MAB dan lain lain maklumat syarikat.
Maka penjualan Mab tablet diteruskan begitu juga Mab klasik dengan label botol yang baru mengikut standard yang disyorkan oleh pegawai KKM.
Namun episod kecam dan kondem Mab tetap dan terus juga berlaku..Pengasas pun naik buntu juga, mana nak menjawab kecaman pengkritik, persoalan para dealer, & pengguna. 
Ditambah dengan isu MAB Fake oleh pihak tidak bertanggungjawab dan permainan buang harga oleh pemborong dan kedai kedai kosmetik. Dengan itu Pengasas mengambil langkah drastik mengarahkan semua dealer supaya menghentikan bekalan kepada para pemborong dan kedai kosmetik seluruh negara bagi memastikan ketulenan dan keberkesanan Mab. MAB ini perlu diambil mengikut tatacara dan kaedah yang betul, sekiranya tidak diambil mengikut kaedah yang sepatutnya, fungsi Merancang akan gagal sepenuhnya.
Kelemahan Pemborong atau toko toko jamu, mereka hanya menjual tanpa memberikan konsultasi yang tepat.
Sekiranya anda membeli MAB dikedai kedai jamu, maka berhati hatilah kerana MAB original tidak dibekalkan di mana mana kedai.
Namun semua dugaan dugaan tidak mematahkan semangat Pengasas untuk terus memartabatkan industri herba dan mempertahankan Maajun Anggun Bistari khususnya.
Sekali lagi prosedur prosedur untuk mendapatkan No MAL/ NOT KKM dikaji. dari kajian yang dijalankan, antara syarat nya adalah Kilang yang menegeluarkan MAB mestilah kilang yang berdaftar GMP, HACCP dan juga mempunyai lesen Herba dengan KKM. Kesilapan Kilang Mab Tablet terdahulu adalah tidak mempunyai Lesen Herba, hmmm lesson learned.
Untuk mendapatkan kilang yang ada kesemua syarat ni memang sangat sukar. Kebanyakan kilang yang besar besar dan berjenama, memang tak layan lah setakat player kecik macam Pengasas ni..
Kuasa Allah, kita merancang Allah juga Merancang. Pengasas bertemu dengan kenalan yang memiliki kilang yang memenuhi kesemua syarat di atas, GMP, HACCP & lesen Herba..Alhamdulillah, maka sekarang ini, proses untuk meng"legalkan" Maajun Anggun Bistari sedang berjalan.
Doakan agar semua proses ini dipermudahkan dan menemui kejayaan.
Buat semua Pelanggan, bakal pelanggan MAB dan semua dealer, tetap lah setia dengan Maajun Anggun Bistari. Semoga usaha MAB terpahat dalam sejarah sebagai jenama yang mewarnai industri Herba Negara.
Allahuaklam.
C&P
-Wan Norma-
Penolong Pengurus ZPR

Kuala Gula , manisnya CINTA kami di situ

Semalam di Kuala Gula, Kuala Kurau .
Pengalaman kedua ke sini.
Pernah dtg sblm ni atas urusan kerja di kwsn berhampiran.
Kali ni bersama somi dan anak3 ..
Jaraknya dalam 25km dr tol Kamunting,Taiping Utara.
Tarikan utama sudah semestinya Ketam Lembut di restoran J.S mutiara ni.
Masa sampai tu ngam2 lunch time.
Pengunjung pun agak ramai,mngkin juga sbb cuti sekolah.
Restoran ni terapung atas laut,sekali bot laju lalu,beralun2 mcm atas kapal.
masa tu pun tengah air pasang ditokok tambah lagi dengan angin yg kuat.
Wah Asyiknya...suasana itu.
Boleh juga lihat sendiri sangkar ternakan ketam di bhgn tepi restoran.
Ada sangkar baby crab smpai la abah crab.
Abah crab pun kecik je,sepit pun lembut.
Kami ambik set 2 org rm35.cuma tambah nasi je.
Tomyam,sayur campur,telur dadar dan ketam lembut masak sweetsour.
Ketam ni plg sedap goreng tepung je.kalau oder ala carte harga sekor rm8 .
Habis makan kami meround ke resort disebelah.yang suka memancing elok sgt lah menginap sini.
Sempat la kami bersembang dengan sepasang suami isteri yg memancing ni.dah 4jam drang di situ.
Mcm2 ikan dapat,sampah pun sama banyak..huhu..
Senpat juga la kami tanya kan tmpt pelancongan terdekat Ban pecah yg menjadi bualan ramai tu..

Saturday, 17 March 2018

Promo HArga Dealer MAB.

Dah lama makan MAB?
Jom sebarkan manfaat dengan menjadi agen sah!!

Tiada kos pendaftaran,malah modal untuk menjadi deler dikurangkan dari RM340 kepada RM320 untuk 20btol Maajun Anggun Bistari.
Untuk masa terhad,sehingga 10April ini.


wasap:: 012 5012708 Roshaida 

Tuesday, 13 March 2018

Kapal Korek Yang Tertinggal di Malaysia

Warisan Kapal Korek

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. - sumber Majlis Daerah BAtu Gajah 

11 Mac 2018
Hari ini berkesempatan ke Tapak Kapal Korek Tg Tualang,Batu GAjah.
Jam 12.30 tghr panas terik kami bergambar di sekitar sahaja memandangkan pembawa pelancong yang seterusnya hanya akan bertugas pada jam berikutnya.



Main Entrance
Kapal Korek


Terdapat ruang pameran untuk pengunjung mengenang sejarah dan mempelajari sedikit sebanyak kaedah perlombongan bijih di Perak.
















Thursday, 1 March 2018

1 MAc 2018
Februari telah melabuhkan tirainya semalam,
semua nya yang indah sahaja pada Februari 2018.
Semoga ini bukan yang terakhir..
Tercapai juga impian untuk mengumpulkan semua deler/agen2 di bawah Network.

Mengambilkira masa dan tempat yang sesuai akhirnya sepakat memilih 10Februari2018 dan dibuat di KFC RTC Gopeng,Perak.



ALHAMDULILLAH
Tahniah Untuk Team atas Majlis MINI GGM SToKIS Perak
Terima Kasih juga atas kesudian , Puan Pengasas Puan Hajjah Azizah Bt Md Salleh yang bersama sama di majlis yang serba ringkas tapi penuh bermakna ini.
Majlis ini pada mula nya untuk meraikan deler2 terbaik 
Kek Hadiah dari Puan Safarina Deler Station 18,Ipoh
Bunga untuk KAK Zah.merah tanda berani,merah juga tanda nak CNY..hehe
ini baru mini GGM ,mcamana la  bila GGM besar nanti

Puan Hajjah Azizah ,excited dia tgk kek ni .cantik sgt katanya,suruh saya bawa ke KL nanti


Sedikit persiapan saya untuk agen/dealer yang hadir dan cendermata utk Puan Azizah




buku untuk semua yang hadir












4 jam terasa sekejap,
Sharing dr Puan Hajjah Azizah penuh aura dan bermakna buat kami smua di #roshaidaNetwork.
Semoga dapat menyuntik dan menjentik emosi anak2 agen dan deler semua untuk lebih terkehadapan menuju kejayaan berkongsi manfaat kebaikan MAB

Terima kasih kpd semua 16 agen/dealer yang hadir ..
Puan Stokis belanja KFC setiap sorang .

2box kek brownies dari Puan Mazaini Ipoh

dan ada sumbangan kuih dari Puan sarina Gopeng dan Tempeyek Puan Wani Taiping.
Alhamdulillah.



Monday, 19 February 2018

Konsep Detoks dengan Maajun Anggun Bistari

Konsep Detoks dengan Maajun Anggun Bistari


          
KONSEP MAB.
Apabila anda mengamalkan MAB,ianya akan merawat penyakit terlebih dahulu,proses ini dipanggil tindakbls awal.MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik.Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah bahagian peranakan,mencairkan lemak/kolestrol,toksin dalam darah.
Apa yg MAB buat adalah mencairkan darah period lama/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh period/berpantang(bg yg bersalin).
Darah ini biasa bewarna hitam/coklat,darah yg keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan masing2.jika anda sudah lama tidak dtg haid/haid pendek maknanya banyaklah darah kotor yang disimpan dlm peranakan tersebut.
Pada peringkat ini anda didatangi kekerapan haid yg tdk menentu kerana MAB sedang merawat peranakan sehinggalah peranakan anda bersih.Selepas selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dgn MAB. Darah period lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kpd anda dlm tempoh jangka panjang.Antara risikonya terdedah kpd fabriod/cyst/barah pangkal rahim.Jika drh lama ini dapat dikeluarkan,i'Allah risko kpd penyakit tersebut adalah rendah.dgn kata lain MAB adalah slh satu ikhtiar untuk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut.


Mencegah adalah lebih baik dr mengubati Selain dr darah kotor,lemak/kolestrol/toksin dlm badan akan dipecahkan dan akan dibuang bersama najis besar.pada tahap ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan membuang angin.
#stokismabperak
#agendiperlukan
🔮 Bismillah🔮

Terima kasih ya Allah kerana mengizinkan saya bertemu dengan Maajun Anggun Bistari

Walau pun rupanya hitam manis, kecil dan bulat
Tapi sengatnya amat berbisa.

Insya Allah,
Hanya sekadar cicip #MAB sebiji sehari,



Rahim dikemaskini, diupgrade dan terpelihara.

Urusan dibilik air juga berjalan lancar seawal pagi.

Senggugut pun melarikan diri.
Dan hadirnya tenaga untuk buat urusan harian.

Syukur sangat-sangat ya Allah🙂

#stokismabperak #mabperak #agendiperlukan
wasap 0125012708

Aturan Makan Maajun Anggun Bistari

ATURAN MAKAN MAB  ♥ RM 21


 1.Bagi yg LEPAS PANTANG 
 mula makan pada hari ke-44 lepas bersalin.
 2.Bagi yang MERANCANG SENDIRI, mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period setelah pasti tidak HAMIL ( digalakkan buat Upt test )
 3. Bagi yang sedang ambil PIL PERANCANG,
habiskan pil tersebut dan mula makan hari yg sepatutnya sambung pil perancang tidak perlu tunggu period datang lagi.

 4.Bagi yg ang merancang guna IUD,
 💐KES TIDAK BERPERIOD, boleh ambil terus MAB setelah pasti tidak HAMIL ( digalakkan buat Upt test )

 KES IUD YG BELUM EXPIRED & ADA PERIOD,
Mula makan pada hari ke 3, 4 @ 5 period.

 5⃣. Bagi yg merancang menggunakan INJECTION  💉
 🌼KES BELUM EXPIRED/PERIOD NORMAL,
mula makan pada hari ke 3,4 @ 5 period.
 🌼KES TIDAK BERPERIOD, boleh ambil MAB terus setelah pasti tidak HAMIL ( digalakkan buat Upt test )

 6⃣. Makan 1 biji sahaja sekali sehari sama ada PAGI / MALAM pada waktu yg sama selama 21 hari.
Selepas habis sebotol, rehat selama 6 hari dan sambung botol seterusnya.
INGAT STEP 21-6-21
CONTOHNYA :
Jika pil MAB habis pada hari sabtu, maka sambung semula botol seterusnya pada hari sabtu yg berikutnya.
 👉SENANG INGAT.. HABIS SEBOTOL.. STOP UTK REST 6HR. (6HR SHJ TAK MAKAN)

 7⃣. KAEDAH TERLUPA MAKAN.
KES MAKAN WAKTU MALAM,
Pagi esok ambil 1 biji sebagai ganti.
Jika lupa juga, Malamnya ambil 2 biji sekali.
KES MAKAN WAKTU PAGI,
Malam ambil 1 biji sebagai ganti.
Jika lupa juga, Pagi esoknya ambil 2 biji sekali.

Sunday, 18 February 2018

Mengapa 21 -6-21 & Mengapa Mula Makan
Mab pada hari ke 3/4/5 period 👇

MAB tidak boleh dimakan sesuka hati bagi wanita yang menggunakannya untuk merancang keluarga. Wanita mempunyai kitaran period 28-35 hari. Dengan itu makan MAB mesti mengikut aturan yang betul. Dengan konsep menggunakan MAB, kitaran period wanita adalah 28 hari. Dengan itu 28 hari dipecahkan kepada 4 fasa iaitu minggu 1, 2,3, dan 4.

MINGGU PERTAMA

Pada hari pertama period kesuburan masih zero. Pada hari ke dua dan ke tiga kesuburan mula meningkat. Sebagai langkah berjaga untuk cegah kehamilan, MAB wajib diambil pada hari 3/4/5 ini.

Pada hari pertama berlaku period, hormon Estrogen dan Luteinizing mula dirembes. Dinding rahim mula menebal sebagai persediaan untuk hamil. Sebab itulah MAB wajib bermula pada hari ke 3/4/5 period kerana kesuburan bermula pada hari tersebut.                                                                                                                          MINGGU KE DUA

Pada minggu ke 2, kesuburan terus meningkat dengan peningkatan rembesan Hormon Estrogen dan Hormon Luteinizing. Graf subur bermula dari hari ke 3 naik maksima hingga hari ke14. Tahap maksima kesuburan ini akan berlaku pada hari ke 14. Pada masa ini berlaku ovulasi dimana ovum yang matang akan menetas dan keluar dari ovari. Dengan itu proses kehamilan dicegah dengan kaedah kawalan suhu dalam tiub falopia. MAB terus dimakan sebagai langkah pencegahan.

Suhu normal badan 34 darjah celcius. Suhu demam 37.5 ke atas. Suhu protek MAB dalam julat melebihi suhu normal tetapi tidak melepasi suhu demam.
Proses meluputkan sperma dan ovum akan didetox melalui period selepas 21 hari berhenti mengambil MAB.

MINGGU KE TIGA

Pada minggu ke 3, selepas berlaku ovulasi selepas hari ke 14 tahap kesuburan mula menurun. Paras remberasan Horman Estrogen dan Hormon Luteinizing juga semakin kurang. Geraf kesuburan pun mula menurun hingga ke hari 21.
MAB perlu diambil hingga hari terakhir hari 21 sebagai langkah pencegahan dan mengatur pusingan haid.

ada kastemer tanya jika MAB-Maajun Anggun Bistari boleh bantu masalah sakit lutut nya . InsyaAllah Testimoni MAB dah beribu-ribu Yang paling...