Tuesday, 13 March 2018

Kapal Korek Yang Tertinggal di Malaysia

Warisan Kapal Korek

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. - sumber Majlis Daerah BAtu Gajah 

11 Mac 2018
Hari ini berkesempatan ke Tapak Kapal Korek Tg Tualang,Batu GAjah.
Jam 12.30 tghr panas terik kami bergambar di sekitar sahaja memandangkan pembawa pelancong yang seterusnya hanya akan bertugas pada jam berikutnya.



Main Entrance
Kapal Korek


Terdapat ruang pameran untuk pengunjung mengenang sejarah dan mempelajari sedikit sebanyak kaedah perlombongan bijih di Perak.
















No comments:

Post a Comment

ada kastemer tanya jika MAB-Maajun Anggun Bistari boleh bantu masalah sakit lutut nya . InsyaAllah Testimoni MAB dah beribu-ribu Yang paling...