Tuesday, 20 March 2018

Kuala Gula , manisnya CINTA kami di situ

Semalam di Kuala Gula, Kuala Kurau .
Pengalaman kedua ke sini.
Pernah dtg sblm ni atas urusan kerja di kwsn berhampiran.
Kali ni bersama somi dan anak3 ..
Jaraknya dalam 25km dr tol Kamunting,Taiping Utara.
Tarikan utama sudah semestinya Ketam Lembut di restoran J.S mutiara ni.
Masa sampai tu ngam2 lunch time.
Pengunjung pun agak ramai,mngkin juga sbb cuti sekolah.
Restoran ni terapung atas laut,sekali bot laju lalu,beralun2 mcm atas kapal.
masa tu pun tengah air pasang ditokok tambah lagi dengan angin yg kuat.
Wah Asyiknya...suasana itu.
Boleh juga lihat sendiri sangkar ternakan ketam di bhgn tepi restoran.
Ada sangkar baby crab smpai la abah crab.
Abah crab pun kecik je,sepit pun lembut.
Kami ambik set 2 org rm35.cuma tambah nasi je.
Tomyam,sayur campur,telur dadar dan ketam lembut masak sweetsour.
Ketam ni plg sedap goreng tepung je.kalau oder ala carte harga sekor rm8 .
Habis makan kami meround ke resort disebelah.yang suka memancing elok sgt lah menginap sini.
Sempat la kami bersembang dengan sepasang suami isteri yg memancing ni.dah 4jam drang di situ.
Mcm2 ikan dapat,sampah pun sama banyak..huhu..
Senpat juga la kami tanya kan tmpt pelancongan terdekat Ban pecah yg menjadi bualan ramai tu..

Saturday, 17 March 2018

Promo HArga Dealer MAB.

Dah lama makan MAB?
Jom sebarkan manfaat dengan menjadi agen sah!!

Tiada kos pendaftaran,malah modal untuk menjadi deler dikurangkan dari RM340 kepada RM320 untuk 20btol Maajun Anggun Bistari.
Untuk masa terhad,sehingga 10April ini.


wasap:: 012 5012708 Roshaida 

Tuesday, 13 March 2018

Kapal Korek Yang Tertinggal di Malaysia

Warisan Kapal Korek

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Ditempatkan pada kedudukan 4° 19' 0" Utara dan 101° 4' 0" Timur, bandar-bandar yang paling hampir dengannya ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar.
Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Paling utama yang menonjolkan Tanjung Tualang ialah dengan terdapatnya beberapa buah Kapal Korek Bijih Timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah Kapal di Tanjung Tualang.
Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah. Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. - sumber Majlis Daerah BAtu Gajah 

11 Mac 2018
Hari ini berkesempatan ke Tapak Kapal Korek Tg Tualang,Batu GAjah.
Jam 12.30 tghr panas terik kami bergambar di sekitar sahaja memandangkan pembawa pelancong yang seterusnya hanya akan bertugas pada jam berikutnya.



Main Entrance
Kapal Korek


Terdapat ruang pameran untuk pengunjung mengenang sejarah dan mempelajari sedikit sebanyak kaedah perlombongan bijih di Perak.
















ada kastemer tanya jika MAB-Maajun Anggun Bistari boleh bantu masalah sakit lutut nya . InsyaAllah Testimoni MAB dah beribu-ribu Yang paling...